loading

BAHASA | ENGLSH

_

Penghantaran Barang Pelajar

Penghantaran Barang Pelajar

Sila baca syarat-syarat di bawah:

Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, Kuala Lumpur membantu pelajar tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) untuk mengambil dan menghantar barang persendirian dari tempat penginapan ke alamat kediaman pelajar di Sabah.

Isipadu (cu meters)

Setiap pelajar hanya layak menghantar 1.5 meter isipadu (cu meters) melalui kapal laut. Bagi pegawai yang berkeluarga, kerajaan akan membayar tambang pengangkutan seperti berikut:

    1. 1.5 meter isipadu (suami)
    2. 1.5 meter isipadu (isteri)
    3. 0.5 meter isipadu (tiap-tiap seorang anak)

Agen Pengangkutan

Syarikat agen pengangkutan akan dilantik untuk mengurus pengambilan dan penghantaran barang.

Permohonan penghantaran

Permohonan penghantaran barang hendaklah dikemukakan ke pejabat ini selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh pengambilan barang. Permohonan yang lewat diterima mungkin akan menyebabkan tarikh pengambilan barang anda di tangguh atau ditukarkan ketarikh yang lain.

Mudah pecah

Barang-barang mudah pecah tidak digalakkan dihantar melalui penghantaran kapal laut ini.

Membawa barang-barang pelajar lain

Pelajar tidak dibenarkan membawa barang-barang pelajar lain untuk tujuan keselamatan

Maklumat Benar

Sila pastikan maklumat yang anda masukkan adalah benar. Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya anda memasukkan maklumat palsu dan sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Dokumen

Sila sediakan satu salinan Kad Pengenalan dan Surat Tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk diserahkan kepada wakil agen semasa membuat kutipan barang anda. Kegagalan anda menyediakan dokumen berkenaan boleh menyebabkan permohonan penghantaran barang-barang anda dibatalkan.

Sistem Penghantaran Balik Barang

PELAJAR TAJAAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH (BKNS)