---

----

Sejarah Penubuhan PPNSKL

Sejarah Penubuhan PPNSKL
Pejabat Perhubungan Negeri Sabah (PPNS) atau dalam bahasa Inggeris "Sabah Liaison Office"di ihamkan pada 16 September 1963 apabila Negeri Sabah bersetuju menyertai sebagai rakan kongsi dalam Persekutuan Malaysia . Walaupun Pejabat Perhubungan Negeri Sabah ini ditubuhkan sejak tahun 1963, tetapi secara rasmi operasi pejabat ini hanya bermula pada 1 Julai 1968 apabila kabinet Kerajaan Negeri Sabah meluluskan operasi pejabat ini mengikut kertas-kertas kabinet nombor C. 141/67 dan diletakkan dibawah bidang Kuasa pentadbiran Jabatan Ketua Menteri. Objektif awal pejabat ini ialah untuk mempermudahkan segala urusan rasmi Kerajaan Negeri Sabah terutama menyelaras hubungan antara Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Persekutuan dan Kedutaan asing. lni bermakna penubuhan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah awalnya dilihat sebagai "Mini Embassyā€¯

Pada tahun 2002 pejabat ini telah berpindah dari Jalan Ampang ke Wisma Dergahayu yang terletak di 26, Jalan Indah 23, Taman Cheras Indah, 55300 Kuala Lumpur sementara bagi memberi laluan kepada pembinaan dan pembangunan Pejabat Perhubungan yang baharu di atas tanah milik kerajaan negeri Sabah di atas tapak pejabat lama yang lebih dikenali sebagai Rumah Sabah. Pejabat baharu ini dijanka akan siap sepenuhnya pada bulan Oktober 2022.