---

----

Puan Sabariah Hj. Saffree Pengarah PPNSKL

Puan Sabariah Hj. Saffree Pengarah PPNSKL
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya.

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, Kuala Lumpur (PPNSKL) yang merupakan sebuah agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri Sabah.

Laman Web ini diwujudkan sebagai sumber rujukan maklumat yang cepat dan tepat kepada para pengunjung tentang peranan pejabat ini membantu Kerajaan Negeri dalam usaha mempromosi aktiviti pelancongan dan pelaburan ke Sabah. Selain daripada itu, Laman Web ini merupakan medium terbaik untuk menarik minat pelancong asing serta pelawat tempatan.

Saya mengalu-alukan anda melayari Laman Web ini. Sebarang komen dan kritikan positif bagi menambah baik kualiti penyampaian laman sesawang Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, Kuala Lumpur.

Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.