Perutusan Pengarah Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Terima kasih kepada para pengunjung laman web rasmi Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur.

Dengan wujudnya laman web ini, kami berharap dapat memberi serba sedikit maklumat mengenai fungsi pejabat ini. Walaupun masih agak kekurangan tetapi kami sentiasa memperbaikinya dari semasa ke semasa dan cuba untuk memenuhi keperluan maklumat yang diperlukan.

Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan dari semua untuk memperbaiki laman web ini.

Selamat melayari laman web Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur. Semoga laman web ini dapat memberikan maklumat yang tepat dan lengkap kepada para pengunjungnya.

Sekian terima kasih.

Pengarah
Pejabat Perhubungan Negeri Sabah
Kuala Lumpur