loading

BAHASA | ENGLSH

_

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Sejahtera.

_

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, Kuala Lumpur (PPNSKL) yang merupakan sebuah agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri Sabah.
Laman Web ini diwujudkan adalah sebagai sumber rujukan untuk memberi maklumat yang cepat dan tepat kepada para pengunjung tentang peranan pejabat ini membantu Kerajaan Negeri dalam usaha mempromosi aktiviti pelancongan dan pelaburan ke Sabah. Selain daripada itu, Laman Web ini merupakan medium terbaik untuk menarik minat pelancong asing serta pelawat tempatan.

Saya mengalu-alukan anda melayari Laman Web ini dan seterusnya memberi cadangan dan kritikan bagi menambah baik kualiti Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, Kuala Lumpur.

Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.