Rakaman Takbir Hari Raya Aidilfitri

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur akan mengadakan Rakaman Takbir Hari Raya Aidilfitri seperti ketetapan berikut: 📅 Tarikh : 14 Mac 2025 (Jumaat) 📍 Tempat : T1-24, 3 Towers Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur 🕘 Masa : 9.00 pagi 🎭 Tema Pakaian : Baju Melayu lengkap. Sehubungan dengan itu, mohon semua pegawai/kakitangan lelaki yang berkelapangan dapat mengambil bahagian dalam rakaman ini.. Sama-sama kita menambahkan pahala dan amalan sepanjang bulan Ramadan yg mulia ini. Aamiin... Sekian, terima kasih.

Majlis Ihya Ramadhan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, Untuk makluman Tuan/Puan, KEKANSI akan mengadakan Program Ihya Ramadan PPNSKL bagi mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti bermanfaat serta mempereratkan ukhuwah sesama kita. Butiran program adalah seperti berikut: 📅 Tarikh: 21 Mac 2025 ⏰ Masa: 5.00 petang – 10.00 malam 📍 Tempat: T1-24, 3 Towers, Ampang, 50450 Kuala Lumpur Sehubungan itu, mohon Tuan/Puan mengesahkan kehadiran melalui pautan berikut sebelum jam 5.00 petang, 11 Mac 2025. Tuan/Puan juga dialu-alukan untuk membawa ahli keluarga bagi turut serta dalam majlis ini agar kita dapat bersama-sama menyemarakkan keberkatan Ramadan. Semoga kehadiran dan penyertaan Tuan/Puan sekeluarga membawa keberkatan serta mengeratkan lagi silaturahim. Terima kasih.