Selamat Datang Ke Laman Web Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur

Pengumuman

[] NOTIS SEBUT HARGA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pejabat ini ingin mempelawa syarikat-syarikat yang berdaftar dengan di bawah kod bidang yang berkaitan serta mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang tersebut untuk mengemukakan sebut harga bagi sebut harga berkaitan. Segala tawaran sebut harga hendaklah dikemukakan mengikut syarat-syarat dan spesifikasi yang telah ditetapkan dan dihantar terus ke Pejabat ini sebelum atau pada 15 Mac 2025. Borang sebut harga boleh diperoleh di Pejabat PPNSKL dengan bayaran sebanyak RM5.00 sahaja. Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 03-48102108 ext : 103 Encik Mohd Shapudin Bin Suhailie ext : 123 Puan Rina @ Nurazreen Bte Mazni Sekian, terima kasih.



Berita

Rakaman Takbir Hari Raya Aidilfitri

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur akan mengadakan Rakaman Takbir Hari Raya Aidilfitri seperti ketetapan berikut: 📅 Tarikh : 14 Mac 2025 (Jumaat) 📍 Tempat : T1-24, 3 Towers Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur 🕘 Masa : 9.00 pagi 🎭 Tema Pakaian : Baju Melayu lengkap. Sehubungan dengan itu, mohon semua pegawai/kakitangan lelaki yang berkelapangan dapat mengambil bahagian dalam rakaman ini.. Sama-sama kita menambahkan pahala dan amalan sepanjang bulan Ramadan yg mulia ini. Aamiin... Sekian, terima kasih.

Majlis Ihya Ramadhan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, Untuk makluman Tuan/Puan, KEKANSI akan mengadakan Program Ihya Ramadan PPNSKL bagi mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti bermanfaat serta mempereratkan ukhuwah sesama kita. Butiran program adalah seperti berikut: 📅 Tarikh: 21 Mac 2025 ⏰ Masa: 5.00 petang – 10.00 malam 📍 Tempat: T1-24, 3 Towers, Ampang, 50450 Kuala Lumpur Sehubungan itu, mohon Tuan/Puan mengesahkan kehadiran melalui pautan berikut sebelum jam 5.00 petang, 11 Mac 2025. Tuan/Puan juga dialu-alukan untuk membawa ahli keluarga bagi turut serta dalam majlis ini agar kita dapat bersama-sama menyemarakkan keberkatan Ramadan. Semoga kehadiran dan penyertaan Tuan/Puan sekeluarga membawa keberkatan serta mengeratkan lagi silaturahim. Terima kasih.

Lihat Semua

Agensi Kerjasama